©2019 by YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM AMAN (YPIA)

Apa kami nak capai?

Pendidikan Sekarang Pemimpin Masa Depan

Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Dengan visi untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti tinggi sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, YPIA terus mengorak langkah ke hadapan dengan pengiktirafan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa, bermula 15 Jun 2006, wang tunai yang didermakan kepada YPIA layak mendapat pengecualian cukai pendapatan. Dengan pengiktirafan ini, YPIA telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penganugerahan dermasiswa, bantuan pengajian IPT, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia. Pada 3 Mac 2019, YPIA sekali lagi menerima pengiktirafan apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melantik YPIA sebagai amil zakat harta bagi pihak MAIK. Dengan pelantikan ini, YPIA akan terus mengatur langkah dalam menjayakan visinya demi merealisasikan masa depan pendidikan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia yang tercinta ini.